(Video) Bayi kembar baru lahir dibuang ke dalam tong sampah

Loading...

Pasangan bayi kembar ditemui dalam tong sampah selepas dibuang oleh seorang lelaki di China. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek membawa bayi kembar itu di dalam beg beli-belah dan berlegar di seketiar kawasan tong sampah di Shaanxi, tengah hari Jumaat lalu. Beberapa minit kemudian, suspek membuang beg itu ke dalam tong sampah sebelum beredar seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Bagaimanapun, bayi kembar itu ditemui oleh pekerja pembersihan lalu meminta bantuan pihak berkuasa dan bayi kembar itu segera dikejarkan ke hospital. 

Doktor mengesahkan, bayi perempuan disahkan meninggal dunia, manakala kembarnya, bayi lelaki dalam keadaan kritikal. 


Difahamkan, bayi kembar itu dilahirkan 28 hari lalu (pramatang) dengan berat bayi lelaki terbabit hanya 900 gram. 

Menurut saksi yang menemui bayi itu berkata, dia pada awalnya menyangka suspek membuang pakaian terpakai.

"Rupanya ada bayi dalam bag tersebut. Salah seorang daripadanya sudah tidak bernafas, manakala kembarnya masih berupaya menggerakkan tangannya," katanya. 

Doktor Song berkata, bayi lelaki itu dalam keadaan kritikal walaupun sudah diberikan rawatan. Bayi itu diserahkan kepada pusat kebajikan kanak-kanak dan segala kos perubatannya akan ditanggung oleh pihak berkenaan. 



Tindakan suspek mencetuskan kemarahan netizen. 

"Ini betul-betul meruntunkan hati! Individu yang bertanggungjawab perlu disumbat dalam penjara," katanya. 

"Ramai keluarga di China terdesak mahukan anak. Kalau lelaki itu tak nak anak pun, dia boleh beri kepada keluarga yang memerlukan sebagai anak angkat," kata netizen lain. 

Sumber: Daily Mail