(Video) 'Dia lah puncanya rumah ini banyak lipas!' - Housemate pengotor lari selepas kantoi

Loading...

Kehadiran lipas yang begitu banyak membawa kepada penemuan yang tidak dijangka dalam bilik sewa seorang wanita yang tinggal di tingkat atas dan ternyata ia amat menjijikkan. 

Melihat keadaan dalam bilik penyewa bernama Isabelle ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan yang kotor seperti itu? 

Menurut rakan serumahnya, Micho Teh, dia tidak begitu mengenali Isabella dan jarang terserempak dengannya. Namun tidak menafikan bahawa Isabella mempunyai masalah dalam soal menjaga kebersihan diri. 

Kesemuanya bermula apabila Micho dan rakannya yang perasan dengan kehadiran lipas yang banyak dalam rumah. Pada awalnya mereka menyangka serangga yang juga digelar 'babi' apabila terbang ke arah manusia itu datang dari tingkat bawah. Selepas diperiksa, rupa-rupanya datang dari tingkat atas. 

"Kami dah agak, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan housemate bernama Isabelle ini! 

"Sejak dua bulan yang lalu dia mula makan di tingkat bawah berbanding di biliknya sendiri membuatkan kami tertanya-tanya dan badannya sentiasa berbau apabila kami berada berhampiran dengannya. 

"Saya dan seorang lagi rakan serumah pada awalnya menyangka dia ada masalah menjaga kebersihan diri dan sudah terbayang di minda yang biliknya kotor tak terkata. 

"Kami juga merancang untuk berpindah keluar tapi bertahan beberapa minggu dan habis bulan ini kami akan terus berpindah. 

"Dipendekkan cerita, selepas dua minggu kemudian kami perasan bilangan lipas di dalam rumah bertambah. Saya faham, musim hujan baru-baru ini dan adalah normal melihat lipas dari masa ke semasa di tingkat bawah yang juga mempunyai dapur. 

"Tetapi lipas-lipas itu datang dari tingkat atas. Malam tadi (Ahad) jumlah serangga itu semakin bertambah-tambah sehingga ada seekor lipas yang besar terbang ke arah saya dan ini membuatkan saya bengang dan berperang menghapuskan lipas-lipas itu. 

"Dalam masa yang sama, Isabelle, keluar dari group chat dan terus menghilangkan diri. Tindakannya itu membuatkan saya meminta bantuan rakan lelaki untuk memeriksa biliknya dan cuba teka apa yang kami temui?

DIALAH PUNCANYA! 

"Tengok semua gambar yang dirakam ini dan tonton sendiri video yang dirakam oleh housemate saya. 
















"Saya tak ada gambar dia dan ya dia ada membela anjing di dalam bilik yang najisnya juga mencemari bilik itu. 

"Saya tidak begitu mengenalinya. Saya jenis yang lebih gemar menyendiri di dalam bilik dan buat hal sendiri. Saya tinggal di tingkat bawah dan dia di tingkat atas. So saya jarang bertemu dengannya. 

"Saya tak tahu akaun Facebook atau Instagramnya! Jangan tanya. 

"Saya kongsikan perkara ini bagi memberi amaran kepada mereka yang lain agar tidak mengambilnya sebagai penyewa di kediaman anda dan lihatlah apa yang saya lalui sepanjang tinggal bersama dengannya," tulisnya di Facebook.