(Video) 'Fathia Latiff ke tu?' - Netizen

Loading...

Viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita yang dipercayai pelakon Fathia Latiff berambut pendek dipercayai dirakam di sebuah kafe di Shah Alam.

Menurut laporan Astro Gempak, wanita itu diundang bernyanyi bersama seorang lelaki di hadapan khalayak ramai sebelum beredar sebaik selesai menyanyikan sebaris lagu tersebut bersama lelaki itu. 

Semakan di Instastory Fathia Latiff juga mendapati pelakon berkenaan ada memuat naik beberapa rakaman video dari di lokasi itu dari sudut pandangan lain.

Berdasarkan video itu, penyanyi lelaki itu menjemput Fathia menyanyi bersama.

Sumber: Astro Gempak, Makcik Puaka