(Video) Lelaki dipercayai warga asing culik dan cuba campak budak dari tingkat 4, ditembak mati

Loading...

Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditembak mati selepas menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan. 

Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, suspek yang dianggarkan berusia 30-an bukan penghuni di kawasan itu didakwa telah melarikan mangsa dan membawanya ke sebuah rumah di tingkat 4, berhdekatan dengan rumah ibu bapa mangsa. 

Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4 petang kemudian menghantar sepasukan polis lengkap bersenjata mengepung rumah tersebut dan cuba memujuk suspek untuk menyerahkan mangsa tetapi tidak diendahkan.

Suspek juga beberapa kali kedengaran memberi amaran kepada polis supaya tidak masuk ke rumah berkenaan.


Pada jam 5.35 petang, suspek mengacah mahu mencampak mangsa dari bahagian dapur rumah menyebabkan dia ditembak mati. 

Mangsa yang cedera di leher kemudian diselamatkan dan dihantar ke hospitl dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. 


Sementara tu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, siasatan mendapati suspek datang ke sebuah rumah yang menjual barangan runcit bersebelahan dengan rumah dimasuki suspek. 

"Selepas itu suspek sambil membawa pisau keluar dari rumah yang menjual barangan runcit lalu menangkap kanak-kanak terbabit. 

"Suspek kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam sebuah rumah sambil mengacukan pisau di leher mangsa," katanya. 

Anggota polis cuba berunding dengan suspek agar melepaskan mangsa tetapi suspek enggan berbuat demikian dan terus meletakkan pisau di leher mangsa sehingga menyebabkan luka. 

"Suspek cuba mencampak mangsa keluar tingkap di tingkat empat menyebabkan polis segera melepaskan beberapa das tembakan mengenai suspek. 

"Suspek mati di tempat kejadian dan polis segera menyelamatkan mangsa lalu dibawa ke hospital. 


"Siasatan mendapati suspek bukan tinggal di kawasan perumahan itu dan dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. 

"Ketika rundingan, suspek tidak ada membuat apa-apa permintaan motif tidak diketahui. Kemungkinan suspek ada masalah mental, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. 

Sumber: Harian Metro