(Video) 'Susah sangat ke nak bawa anak ke tandas?' - Netizen

Loading...

Viral di media sosial video seorang kenak-kanak lelaki membuang air kecil secara terbuka di dalam sebuah restoran menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Disember lalu di Taiwan itu dirakam oleh salah seorang pelanggan restoran berkenaan. 

Berdasarkan video, si ibu membiarkan anaknya berdiri di atas kerusi sambil membuang air kecil ke dalam sebuah bekas yang dipercayai cawan. 

"Susah sangat ke nak bawa anak pergi ke tandas? Menjijikkan!" kata netizen.



Selesai membuang air kecil, seorang lagi wanita yang bersama dengan mereka mengelap alat sulit kanak-kanak itu dengan tisu tandas. 

Tidak diketahui sama ada bekas kecil itu milik pihak restoran atau dibawa sendiri oleh dua wanita terbabit. Namun, netizen tetap menganggap tindakan si ibu membenarkan anaknya membuang air kecil secara terbuka adalah tidak sopan. 

Walaupun kanak-kanak itu mungkin dalam keadaan terdesak, si ibu sepatutnya melakukannya dalam keadaan tersorok, bukannya secara terbuka sehingga menimbulkan rasa geli pelanggan lain. 



Mengetahui video tersebut viral, si ibu tampil memberi penjelasan bahawa anaknya sebelum itu ada meminta untuk dibawa ke tandas, tetapi sudah terlambat lalu dia pun mengambil cawan kertas itu untuk menadah air kencing anaknya. 

"Salah ke apa yang saya buat? Saya langgar undang-undang ke? Perlu ke saya biarkan dia kencing merata di dalam restoran?" jelas si ibu yang juga meminta individu terbabit memadamkan video tersebut atau dia akan membuat laporan polis. 

Enggan memanjangkan kes, individu terbabit mengambil keputusan untuk memadamkan video tersebut dan memohon maaf kepada wanita terbabit. 

Namun di media sosial, netizen tetap menganggap perbuatan seperti itu adalah tidak bertamadun. Netizen juga enggan menerima alasan yang diberikan si ibu kerana perkara seperti itu boleh dielakkan sekiranya si ibu bersedia lebih awal.

Sumber: ET Today