Wanita tayang aset agar pengurus bank luluskan permohonan pinjamannya

Loading...

Seorang penari bogel sanggup menayangkan payudaranya kepada pengurus bank hanya kerana mahu lelaki itu mengubah fikirannya untuk meluluskan permohonan pinjaman yang dipohon oleh wanita terbabit. 

Yulia Kuzmina, berusia lingkungan 20-an itu membuka bajunya sebelum menayangkan asetnya itu selepas permohonan pinjaman banknya yang dibuat di sebuah bank di Kazan, Rusia, ditolak.

Difahamkan, Kuzmina membuat permohonan pinjaman itu untuk membeli kereta. Tetapi pengurus bank enggan meluluskan permohonannya itu kerana dia tidak menepati syarat kelayakan untuk berbuat demikian. 

Kuzmina kemudian membuka pakaiannya satu persatu dan pengurus bank hanya menggelengkan kepala melihat tindakan wanita terbabit. 

Kuzmina menyangka tindakannya itu boleh membuatkan pengurus bank berubah fikiran, namun dia silap apabila lelaki itu tidak berminat lalu mengambil pakaian itu dan menyerahkan kepada Kuzmina sambil menunjukkan jalan keluar dari pejabatnya. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 


Dalam kenyataan kepada media, Kuzmina berkata dia berada dalam situasi yang sukar dan berkata orang yang menilai perbuatannya itu tidak memahami apa yang dia sedang lalui. 

Sumber: Daily Mail