(Video) 'Hantu, kaki botol, LGBT dan pelacur saja yang dapat manfaat tol percuma 11pm - 5am' - Najib

Loading...
Foto Free Malaysia Today
Ketika memberi ceramah di Kampung Sungai Lalang, Semenyih, malam tadi, Najib mentertawakan cadangan kerajaan memberi pelepasan tol di empat lebuhraya yang bermula dari jam 11 malam hingga 5 pagi. 

Najib berkata, kebanyakan orang sedang tidur pada waktu tersebut.

"Yang tak tidur siapa? Hantu tak tidur, lepas itu kaki botol tak tidur, kaki LGBT, yang cari pelanggan mungkin tak tidur. Yang lain semua tidur. Pukul 11 malam semua tidur," katanya sambil disambut gelak ketawa orang yang hadir. 

Terus ke minit 8 ke atas

Bagaimanapun, pemimpin Amanah, Hanipa Maidin berkata, ucapan bekas perdana menteri itu boleh dianggap sebagai penghinaan kepada pihak tertentu.

Malah katanya, Najib yang dilahirkan di atas dulang emas itu tidak mungkin dapat memahami apa yang dialami oleh rakyat biasa. 

"Meskipun ada puluhan kes di mahkamah, dia tak ada masalah nak bayar wang jaminan, tak perlu nak kerja syif malam untuk cari duit membayar ikat jamin yang nilainya mencecah jutaan ringgit," tulisnya di Facebook.