'Penyamun letak parang di leher budak, pengasuh rayu jangan apa-apakan anak asuhannya'

Loading...

Terdahulu video tujuh penyamun yang menaiki motosikal dirakam kamera litar tertutup (CCTV) cuba menyamun seorang lelaki di rumahnya. 

Dalam kejadian di Taman Bukit Kuchai, Puchong itu, mangsa sempat melarikan diri dan dibantu oleh anaknya yang menahan pintu daripada diceroboh dua daripada suspek yang membawa parang. 

Difahamkan, dalam hari kejadian itu juga, suspek yang sama telah menyamun tiga buah rumah di Klang Utama dan salah seorang daripada mangsa merupakan pengasuh. 

Menurut sumber, kumpulan itu melakukan jenayah di tiga tempat pada hari kejadian dan sanggup meletakkan parang di leher seorang kanak-kanak lelaki. 

Pengasuh terpaksa merayu agar suspek tidak mengapa-apakan anak asuhannya itu dan terpaksa membiarkan saja mereka mengambil begnya yang mengandungi telefon bimbit, wang tunai dan lain-lain. 





"Modus operandi mereka akan menyamun pada waktu pagi dan petang di waktu tidak ramai orang. 

"Antara sasaran mereka adalah wanita tua atau surirumah yang berada di luar rumah di kawasan atau taman perumahan," kata sumber. 

Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memastikan pintu pagar atau pintu utama rumah dikunci. Selain itu, hubungi polis jika ternampak individu yang mencurigakan di kawasan rumah. 

BERITA BERKAITAN: