(Video) 'Jawapannya, saya akan menerima' - Netizen terkejut lelaki ini akan terima transgender woman sebagai girlfriend

Loading...

Viral di media sosial video seorang lelaki diajukan soalan 'panas', mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Berdasarkan video berdurasi seminit itu menunjukkan, lelaki yang memakai pakaian merah di sebuah majlis ditanya apakah dia sanggup menerima transgender woman sebagai teman wanitanya. 



"Terima kasih dengan soalan yang diberi. Em... Jawapan saya... saya akan menerima..." 

Mendengar jawapannya itu membuatkan para hadirin bersorak gembira termasuk beberapa individu yang kelihatan seperti lelaki berpakaian menyerupai wanita. 

Video yang tidak ditayangkan habis itu bagaimanapun membuatkan netizen tertanya-tanya apakah penjelasan lelaki itu bagi jawapannya. 

Ada netizen yang memaklumkan, lelaki itu memberi jawapan sedemikian kerana golongan itu lebih memahami lelaki, berbanding wanita itu sendiri. 



Baru saja dimuat naik petang semalam, video itu telah ditonton lebih 200,000 kali di Twitter Anan (@fnann_). 

Ada netizen berpendapat, lelaki terbabit terpaksa memberi jawapan seperti itu kerana bimbang dipukul oleh golongan terbabit. 









Walaupun begitu, netizen mula menyuarakan kebimbangan dan meminta pihak berwajib memantau dan mengambil tindakan membantu golongan ini kembali kepada asal.