Wakil rakyat PH mati satu persatu, petanda dari Allah kepada rakyat - Mohamed Satim

Loading...

Ketua UMNO Bahagian Puchong, Mohamed Satim Diman menyifatkan kematian wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejak PRU14 yang lalu adalah petanda amaran daripada Allah agar rakyat Malaysia memilih parti yang tepat. 

Mohamed yang memberi ceramah dalam Ceramah Umum BN di pusat daerah mengundi Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, malam tadi berkata, 

"... Yang hairannya, yang meninggal tu siapa? Wakil rakyat mana? Wakil rakyat PH, bukan wakil rakyat BN. 

"Jadi di situ sebenarnya Dia (Allah) memberikan amaran yang pertama, BN kalah di Sungai Kandis. Tak apalah, pasal belum nampak. Lepas tu ke Seri Setia pun kalah juga, tak apa. 

"Allah kata agak-agaknya orang Islam di Malaysia ni tak faham lagi ke? Dia meninggalkan (mematikan) dekat Balakong. Pun tak faham lagi. 

"Kau tak faham tak apa, aku bagi dekat Semenyih. Kalau itu tak faham (lagi), tak tahulah apa nak kata. Agaknya dunia dah nak kiamat kot," katanya lagi. 

Dalam ceramah itu juga, Mohamed membandingkan umur calon PH Muhammad Aiman Zainali dengan calon BN Zakaria Hanafi, dengan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi nabi. 

"Allah ambil Nabi Muhammad jadi nabi umur berapa tahun? 40 tahun. Umur yang matang. 

"PRU yang lepas, kalau tak ambil yang umur 93 tahun, yang Melayu mudah lupa tu, tak menang pun. (Mereka) cari orang berpengalaman, maksudnya orang yang mata," katanya. 

Sementara itu, netizen menyelar kenyataan Mohamed yang jelas sekali mempersendakan ketentuan Allah untuk meraih undi di PRK Semenyih. 




Sumber: MalaysiaKini