Bakal guru liwat murid dipenjara 14 tahun, 6 sebatan

Loading...

Seorang bakal guru dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah kerana meliwat murid tahun enam, lapor Astro Awani

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Azman Mustapha, menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Mohamad Harman Faiz Hassin, 28 tahun, berasal dari Kota Bharu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan. 

Tertuduh turut diarahkan untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman penjara serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara nanti. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang berusia 12 tahun ketika kejadian, tanpa kerelaannya di bilik asrama di sebuah institusi pendidikan guru jam 1 tengah hari pada 17 September 2016. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam daripada firma Tetuan Syukri, Zamri dan Azran.