'Bila baby dia menangis, dia bagi susu/puting, Allahu penyabarnya lelaki ini'

Loading...

Soal menguruskan bayi, kebanyakan suami menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada isteri sejak dari bayi itu dilahirkan. Ini termasuklah membawa anak kecil ke klinik untuk check up. 

Bagi yang pernah melalui situasi ini, pasti pernah melihat si ibu yang masih dalam berpantang terkial-kial membawa bayinya ke klinik dengan penuh cabaran yang adakalanya menangis tak henti-henti. 

Golongan suami sebaik-baiknya bantu dan temankanlah isteri masing-masing. Bukannya duduk di dalam kereta menunggu si isteri selesai membawa anak untuk check up di klinik. Jangan jadi seperti kebanyakan suami yang hanya pandai membuat anak tetapi tak pandai menjaga anak.

Perkongsian Puan Ayu Narisyah di Facebooknya, membuatkan ramai netizen terutamanya golongan isteri berharap suami mereka mencontohi lelaki ini yang penyabar ketika bersendirian menguruskan rutin check up bayinya berusia tiga bulan. 

KISAH pagi tadi masa nak check up Asya lima bulan. Saya tunggu saja di belakang lelaki ini nak timbang si Asyaa. Masa itu dia tengah timbang anak dia. Bayi dia berusia lebih kurang tiga bulan. Dia angkat bayi dia dan letak di katil yang klinik sediakan dan tiba-tiba menegur saya. 

"Awak, macam mana ye nak guna timbang ini? Saya tak reti guna," soalnya. 

"Oh senang saja, meh saya ajar," balas saya. 

Saya terus pergi ke tempat penimbang, tekan butang hijau dan selepas itu suruh dia letak anak dia di penimbang itu. Bila dapat bacaan berat anak dia yang betul-betul accurate, barulah saya suruh dia angkat bayinya. 

Selepas itu dia siapkan baby dia, pakaikan baju. Bila baby dia menangis, dia bagi susu/puting. Sabar saja dia menyiapkan baby itu seorang diri. 

Beg yang dia bawa itu, ada botol susu dan semua kelengkapan anak dia. Baby dia menangis, dia senyum saja. 

Dalam hati saya, Allahu penyabarnya lelaki ini. Bukan semua lelaki boleh bersabar menguruskan anak kecil seornag diri selain seorang ibu. 

Bila saya nak balik, saya tengok dia peluk saja baby dia tidur. Sungguh kasih sayang seorang ayah itu terserlah. Lagi saya tabik, dia tak pegang handphone pun. Kebiasaannya ibu bapa pada hari ini sibuk dengan handphone berbanding melayani anak sendiri, kan? Ini tidak, dia peluk saja anak dia, pejam mata sama-sama. Betul-betul menyentuh hati saya. 

Biasalah, sejak menjadi ibu ini memang cepat sensitif dengan perkara-perkara begini. Serius saya respect dengan lelaki itu dan kagum sebab dia mampu menguruskan baby kecil itu sendiri dengan tenang, bermanis muka dan senyum sokmo. Sangat-sangat penyabar dan sangat baik peribadinya. Untung isteri dia. 

Girls, klaau masih ada suami yang begini, hargailah, jagalah dan hormatilah dia. Bukan semua isteri dapat suami seperti ini. Kalau suami kita tak mampu jadi begini, doa-doakan suami kita menjadi suami yang bertanggungjawab, penyabar dan penyayang. InsyaAllah. 

Setiap suami ada kebaikan dan kelebihan yang tersendiri. Belajar saling melengkapi antara satu sama lain. 

Terima kasih suamiku yang tak pernah kenal erti penat menjaga anak bersama.