Budak 11 tahun bunuh diri selepas dipengaruhi 'Momo Challenge'

Loading...

Pihak berkuasa Filipina memberi araman kepada ibu bapa agar memantau penggunaan internet anak masing-masing selepas terdapat laporan di mana terdapat 'online challenge' yang mendorong kanak-kanak membunuh diri di negara itu. 

Kes yang pertama kali berlaku di Filipina, mangsa Chlyv Jasper 'CJ' Santos, 11 tahun, dilaporkan membunuh diri di sekolahnya di Bandar Quezon. 

Menurut ibunya, Paula Bautista berkata, dia percaya anaknya membunuh diri selepas dipengaruhi 'Momo Challenge'. 

"Saya akan akur kepada tuan saya dan saya akan bunuh mereka," kata mangsa ketika berada di unit rawatan rapi (ICU). 

Selepas mangsa meninggal dunia, ibu mendapat tahu bahawa CJ mempunyai rakan sekelas yang sanggup mencederakan dirinya, selain menemui mesej perbualan di antara mereka mengenai permainan membunuh diri. 

Menurut Paula lagi, dia turut memeriksa sejarah pelayaran internet CJ yang pernah membuat pencarian mengenai 'Momo Challenge'. 


Berdasarkan laporan kes yang melibatkan 'Momo Challenge', ia sepatutnya hanya sekadar trend di internet untuk mempengaruhi kanak-kanak dan remaja bagi melakukan beberapa aktiviti berbahaya, termasuk serangan ganas dan bunuh diri. 

Walaupun permainan itu telah banyak kali dikaitkan dengan kes bunuh diri di kalangan remaja di Argentina, Perancis dan Belgium, masih tiada bukti kukuh yang mengaitkan 'Momo'. 

Sumber: Next Shark