'Dah la beranak, koyak bawah kena jahit pula, tup tup suami curang' - Isteri

Loading...

Kemanisan percintaan di awal perhubungan tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras kematangan pasangan. Ia juga bukan 100 peratus menonjolkan perangai atau kelakuan pasangan kita. Sebab itu, seringkali dinasihatkan terutamanya golongan wanita agar memilih pasangan yang sepadan agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Isu pasangan curang memang selalu terjadi, tetapi masalah ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua pihak mengambil inisiatif untuk berbincang dan menyelesai masalah yang timbul. Tidak sukar untuk menjadi pasangan yang setia, apa yang penting anda perlu menjaga hati dan pandangan. 

Luahan si isteri di bawah ini, mungkin boleh menyedarkan golongan suami akan pengorbanan dan rungutan yang sering dilalui oleh isteri. Selepas baca, bertanyalah pada diri, apakah and seorang suami seperti yang dikisahkan di bawah atau sebaliknya? 



PENATNYA jadi perempuan ni. Dah la beranak, koyak bawah kena jahit pula. Kalau takpun, kena belah tujuh lapis perut. Belum lagi hal urus anak, urus makan minum suami, rumah lagi, tup-tup suami curang. Apehal la jadi lelaki tak guna ni. 

Lelaki ini once a cheater always a cheater la kan? 

Aku pun baru saja kahwin, hampir setahun, ada seorang anak baru berusia dua bulan. Tetapi kalau sebulan kahwin pun dah boleh nampak perangai pasangan masing-masing. Jadi, jangan terkejut! 

Romantik, handsome itu bonus pada diri mereka. Carilah lelaki yang bertanggungjawab, yang boleh menguruskan hal rumah dan hal anak. 

Jangan nanti kau yang sibuk uruskan hal rumah, suami langsung tak tolong. Sudahlah tak tolong, baju pula letak merata-rata. Alih-alih kau yang kena kutip macam kutip taik babi. Please eh! 

Penat ye uruskan hal rumah, memasak, uruskan anak yang tengah merengek nak susu pula. Silap-silap rumah kau terbakar sebab terlupa nak padamkan api memasak tadi. 

Pandai urus hal anak ini pula, mestilah yang pandai tukar lampin ke, toleransi dengan isteri tengah malam, bergilir-gilir bangun susukan anak, mandikan anak, bermain dengan anak bagai. 

Jangan harapkan isteri saja yang buat semua perkara itu. Adakalanya isteri dah 50 peratus kerah tengah dia untuk buat kerja rumah. Apa salahnya ada toleransi antara suami untuk menjaga anak pula. 

Tanggungjawab adalah isu paling besar dalam hal rumah tangga. Apa tanggungjawab suami? Pergilah Google, berderet keluar. 

Kahwin itu senang tetapi 'dalamnya' itu susah. Ibarat kau buat tajuk tapi perlu ada hurain berjelar-jelar. 

Kalau kahwin kerana agama, tahu hal agama, tahu tanggungjawab dan sebagainya, insyaAllah mudah. 

Sumber: @Nadiasuhaili