Gadis berjaya larikan diri selepas diculik, didera dan dirogol berkali-kali selama 5 hari

Loading...

Seorang pekerja kedai makan mendakwa dia telah diculik dan dikurng dalam sebuah rumah oleh seorang lelaki berusia lewat 20'an bermula Khamis 28 Februari lalu hingga Isnin 4 Mac. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abdul Rahman berkata, mangsa berkata dia kemudian dibawa ke rumah lain di Jalan Kebun Limau di mana dia berjaya melarikan diri apabila ditinggalkan sendirian. 

Dalam tempoh lima hari itu, mangsa mendakwa suspek telah memaksa dia melakukan seks oral selain ditampar, dipukul dengan kayu di bahagian tangan kanan dan kepalanya dipukul dengan pemutar skru. 

Mangsa juga mendakwa suspek mengugut mahu membunuhnya dan menghunusnya dengan pisau menyebabkan dia ketakutan lalu mencari peluang untuk melarikan diri. 

Mangsa kemudian meminta bantuan dari orang awam dan dibawa ke Balai Polis Teluk Intan untuk membuat laporan. 

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek yang dikenali sebagai 'Nan' dari Kampung Bahagia di Teluk Intan pada malam Selasa 5 Mac. 

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan dan sebelum dibenarkan pulang ke rumah. 

Sumber: The Star