'Kepada isteri, jangan suruh kami basuh pinggan!' - Luahan lelaki ini dikecam teruk oleh golongan isteri

Loading...

Entah di mana letaknya kewarasan akal si lelaki ini yang berang dengan isteri hanya kerana ditegur tidak membasuh pinggan selepas makan. 

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu meluahkan rasa geramnya di Facebook Kisah Rumah Tangga pada awal bulan ini.

SAYA kesal dengan sikap isteri saya. Waktu makan pun dia suka cari pasal nak naikkan darah saya. Dia mempertikaikan sikap saya yang tidak membasuh pinggan selepas makan.

Saya balas balik, "Itu pasal lah lelaki suka makan kat kedai. Lepas makan je, boleh terus blah. Kalau makan kat rumah, kena basuh pinggan. Kalau tak basuh, kena bebel!". 

Kepada isteri di luar sana, dengarlah nasihat saya. Kami lelaki bukan dikhadam-khadamkan oleh bini. Jangan suruh kami basuh pinggan. Tak sesuai. 

Kami boleh angkat barang berat atau kerja berat tetapi please, kami tidak membasuh pinggan mangkuk. Rasa geram je nak puk-puk kepala bini saya ni. 


Sementara itu di ruang komen, netizen mengecam kebodohan lelaki terbabit yang pemalas dan tidak mempunyai sikap bertimbang rasa membantu isteri di dapur. 




Malah, ada golongan lelaki juga menyelar lelaki itu yang kononnya bercakap mewakili semua lelaki yang dianggap mempunyai pendirian yang sama dengannya, walhal bukan semua begitu.