Mak nyah catwalk tanpa seurat benang di ibu kota

Loading...

Gelagat seorang mak nyah berjalan tanpa seurat benang di jalan raya di ibu kota menggemparkan pengguna jalan raya di Jaan Imbi, jam 11.15 pagi tadi, lapor Harian Metro

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya mendapati maklumat dari orang awam mengenai kejadian itu. 

"Kejadian difahamkan berlaku pada jam 11.15 pagi tadi. Berdasarkan maklumat yang diterima, mak nyah berkenaan dikatakan kurang siuman. 

"Dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya. 

Video kejadian itu juga viral di media sosial yang menunjukkan mak nyah itu berlari, menari sambil memegang kemaluannya, dan berdiri di atas sebuah kereta Honda City.