'Saya berpegang pada pesan ibu, jangan bercinta' - Hasilnya, pelajar ini dapat 9A+ 2A dalam SPM 2018

Loading...

Untung mendengar nasihat ibu, pelajar lelaki ini berjaya memperolehi 9A+ dan 2A dalam SPM 2018, membuatkan ibu serta guru-gurnya berasa gembira dengan pencapaian cemerlangnya itu. 

Menurut Mohd. Danish yang berasal dari Kota Marudu berkata, dia nekad mendengar nasihat ibu bapanya, yang kedua-duanya merupakan guru di dua buah sekolah berlainan. 

"Saya berpegang pada pesan ibu, fokus pada pelajaran di sekolah dan jangan bercinta. Belajar dulu rajin-rajin," katanya. 

Anak kedua daripada empat beradik itu juga berkongsi cara bagaimana dia memberi fokus dan belajar sehingga memperolehi keputusan cemerlang itu. 

"Mesti fokus setiap masa di dalam kelas dan mendengar apa yang diajar oleh guru. Jangan tidur. Kalau kita fokus, kita mudah faham apa yang diajar oleh guru. 

'Selain itu, buang perasaan malu apabila sering ke bilik guru untuk berjumpa guru dan bertanyakan soalan serta minta diterangkan apa yang tidak faham," katanya. 

Selain itu, Mohd. Danish juga aktif dalam program inovasi di sekolah dan pernah menyertai pertandingan Olimpiad Sains dan Matematik Peringkat dan Pertandingan Robotik Antarabangsa di Putrajaya 2018. 

Sementara itu, netizen kagum dengan kejayaan pelajar cemerlang ini dan menasihatkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2019, menjadikan Mohd. Danish sebagai contoh untuk mengecapi keputusan yang cemerlang.

Sumber: Harian Metro