Suami tetak lelaki cuba rogol isterinya yang hamil 5 bulan sampai mati

Loading...

Seorang lelaki yang bersenjatakan parang cuba merogol seorang wanita hamil di Afrika Selatan, mati dibunuh oleh suami mangsa, lapor Daily Mail

Kejadian itu berlaku di Tongaat, utara Durban, di mana suspek memecah masuk ke rumah pasangan itu pada jam 11 pagi Isnin. 

Suspek yang membawa parang parang didakwa cuba merogol mangsa yang hamil lima bulan. Tetapi mangsa menjerit dan jeritannya itu didengari oleh suaminya yang kemudian datang menghulurkan bantuan. 

Si suami pantas merampas parang itu dan menetak suspek di kepala dan tangan yang menyebabkan pendarahan teruk dan suspek mati di tempat kejadian. 

Pihak berkuasa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian mengerahkan anggotanya ke lokasi dan menemui mayat suspek bersama dengan parang di sisinya. 

Suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.