'Tiba-tiba ada 1 plastik mai celah mana tak tau!' - Kejadian berlaku di KLIA, bungkusan itu dipercayai mengandungi dadah

Loading...

Kehadiran sebuah beg plastik yang tidak diketahui dari mana datangnya menimbulkan rasa curiga dan bimbang pasangan ini, lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Menurut Husna Nabilah Shukeri, dia bersama dengan suami dan anak perempuannya dijadualkan berlepas ke Melbourne, Australia. Sebelum masuk ke balai pelepasan, Husna tergerak hati untuk mengemas barang-barangnya dan menemui beg plastik tersebut. 






Meskipun mereka tidak mengetahui apa isi kandungan barang berkenaan, Husna bersyukur mereka sekeluarga dilindungiNya dari segala perkara yang tidak baik. 



Husna juga menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengawasi barangan masing-masing ketika berada di KLIA/KLIA2 bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa sindiket keldai dadah.