Perkara yang paling saya takut adalah, bila isteri saya terasa yang dia sudah tidak cantik lagi di mata. Mulalah dia bermuram serta memikirkan yang bukan-bukan bila saya keluar dari rumah.
Jadi, nasihat saya kepada sahabat-sahabat lelaki, sentiasa ikut isteri pergi beli pakaian dan berikan pandangan serta komen yang menaikkan semangat dia dalam berfesyen.
Tegah dan terangkan pada dia bila pakaian yang dipilih itu jarang-jarang, leher baju luas, ketat, warna cacar-marba, singkat dan sebagainya. Jadilah penasihat fesyen pada dia ke arah kebaikan. Bukannya menjadi tukang kritik.
Dua minggu sekali, bawalah isteri ke SPA untuk wanita. Berikan dia ruang untuk relaks. Banyak SPA untuk wanita Islam di Kuala Lumpur ini. Sementara itu, kita jagalah anak-anak dalam kereta atau jemput dia selepas dia selesai di SPA.
Inilah perkara-perkara yang saya selalu buat sehingga hari ini. Janganlah masa sebelum kahwin, isteri bukan main lagi nampal comel/cantik. Tetapi bila sudah bersaiz XXXL, suami pula menghina isteri. Sepatutnya suami membantu dia dan dia juga tidak mahu menjadi begitu.
Sayangilah isteri kita seperti mana kita menyayanginya semasa awal-awal bercinta. Jangan sayang pada masa bercinta sahaja, bila anak dah bersusun, isteri dah tak comel, dihina pula isteri sendiri. - Napie Mhar | PIXEL MEDIA