Kejadian yang dirakam oleh 'back cam' yang dipasang oleh pemandu Grab, Sulaiman, menunjukkan lelaki tersebut duduk di bahagian tengah sambil merapatkan badannya pada Sulaiman kononnya mahu menunjukkan arah jalan ke destinasi yang ingin dituju.
Dalam masa yang sama, lelaki terbabit memerhatikan barang yang terletak di bahagian tengah hadapan sebelum menjulur tangan kirinya untuk mengambil dompet milik Sulaiman.
Sulaiman juga tidak dapat mengingati nama penumpangnya itu berikutan nama penumpang tidak direkod dalam aplikasi Grab dan hilang selepas pemandu menurunkan penumpangnya.
Video kejadian yang dimuat naik Firdaus Nur itu sejak jam 9.27 malam Rabu telah dikongsi lebih 10,200 pengguna Facebook.