Adik berusia 7 tahun diratah abang kandung di ruang tamu


Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan polis selepas perbuatannya merogol adik kandungnya berusia tujuh tahun terbongkar. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, suspek yang tidak bersekolah itu ditahan di rumahnya pada jam 11.30 malam semalam di Chukai. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu hanya diketahui oleh keluarga selepas mangsa memaklumkan perbuatan terkutuk suspek, Isnin llalu. 

Mangsa mendakwa, suspek kerap melakukan perbuatan itu terhadapnya di mana suspek membuka seluar dan pakaian dalamnya ketika dia tidur di ruang tamu sebelum dirogol. 

Susulan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Jerneh, semalam untuk tindakan lanjut. 

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.