'Aku berjaya dapat 6A, tapi tak sempat nak tunjuk kat abah..' - Netizen sebak baca luahan anak ini rindukan ayahnya


Sebak membaca luahan kerinduan seorang anak terhadap bapanya yang telah meninggal dunia, seminggu selepas beliau selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Insan yang selalu berada di sampingnya itu, tidak pernah berputus asa melayan apa saja kerenah anak lelakinya itu. 

Sekiranya anda yang masih mempunyai insan bergelar bapa, hargai dan sayangilah mereka kerana saat bersama mereka tidak akan kembali lagi sekiranya mereka sudah tiada. Hanya tinggal kenang-kenangan yang dirindui. Al-Fatihah untuk arwah bapa Faris Izwan. 


HARI ini sedar tak sedar dah setahun abah meninggalkan aku dan adik beradik yang lain. Abah merupakan abah yang baik dan sangat chill. 

Ketika aku berusia enam tahu, ayah dah bersara dari kerja Pos Office. Jadi, ayah tak ada duit. Dulu, dia selalu membawa aku pergi ke karnival Jom Hebah menaiki motosikal EX5 dia. Tetapi dia dapat belanjar aku keropok lekor dan air sahaja. Kalau aku minta mainan, memang dia tak dapat nak belikan. Masa itu aku cemburu dengan budak-budak lain, minta apa semua pun dapat. 




Walaupun dia tak berduit, kalau dia nampak orang susah dia akan tolong. Abah banyak ajar aku supaya menolong orang susah. 

Abah aku ini memang chill dan sporting gila. Dia tak pernah marah aku walaupun aku ponteng sekolah. Ada sekali itu aku tak sihat, jadi abah hantar aku pergi ke sekolah. Semasa di atas motosikal, aku cakap, 

"Abah, hantar Faris ke CC ah bah, malas ah nak pergi sekolah." 

Abah aku pun terus hantar aku pergi ke CC. Kemudian dia kata, "Main game betul-betul Faris!" Hahahahaha! 


Sekali itu aku pernah terkantoi dengan dia yang aku hisap vape. Aku tengah syok-syok nak buat 'O' dalam bilik, sekali dia masuk! Aku terus sorok vape, tapi asap tak dapat nak disorokkan. Apa yang lawaknya pada malam itu, sebelum aku tidur, dia masuk bilik dan berbisik, 

"Faris, abah nak rasa sikit vape". 

"Hahahaha! Abah dah hisap Suria, Suria sajalah."



Tapi itulah, sporting-sporting dia pun aku sedih sebab aku banyak memalukan dia di sekolah. Dulu masa abah pergi ambil repord card, mesti aku dapat nombor terakhir dalam kelas. Tapi abah tak pukul aku pun. Jadi, aku nak buat dia bangga dengan keputusan SPM aku, aku belajar betul-betul walaupun last minute! 

Aku dah cakap dengan abah, aku target 6A. Abah gelak, dia cakap, "Hari tu pun nak kena buang sekolah dah sebab dapat amaran ketiga tak dapang ke sekolah. Nasib baik abah tolong ayat cikgu. Lek je Faris kalau fail. Kerjalah jadi pengutip sampah," dia tak percaya aku boleh dapat 6A. 

Alhamdulillah aku berjaya dapat 6A, tapi aku tak sempat nak tunjuk result SPM kat abah. Seminggu selepas aku jawab SPM, abah dah meninggal dunia. 



Tapi tak apa, aku redha dengan pemergian dia. Segalanya ada hikmah. Selepas ayah aku meninggal dunia, baru aku start belajar AL-Quran sebab aku nak sedekahkan Al-Quran untuk dia. Jadi, mungkin Allah nak aku pandai baca Al-Quran. 

Al- Fatihah

Sumber: Faris Izwan