'Dia nampak ketakutan, orang di sekeliling menyumpah², tunjuk middle finger...'


Kasihan melihat bayi dan kanak-kanak dibawa ke tempat keramaian yang suasananya penuh dengan bunyi bising, asap rokok, panas dan sebagainya hanya semata-mata ibu bapanya ingin menonton perlawanan bola Malaysia menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. 

Ada yang menunding jari terhadap ibu bapa yang sanggup merisikokan kesihatan anak-anak sendiri. 

Berkongsi mengenai perkara itu di Facebook, Dr Hafizah menasihatkan golongan ibu bapa tidak sesekali membawa anak kecil mereka terutamanya bayi ke tempat seperti itu.

"Lihatlah bayi kecil dalam gambar ini. Dia mungkin berusia 8-10 bulan. Dibawa ke stadium yang sesak dengan dua orang kakaknya mungkin sejak awal petang (memandangkan keluarga dia dah dapat tempat duduk depan). 

"Dia nampak ketakutan. Orang di sekelilingnya menyumpah seranah, menunjuk jari tengah dan dua orang kakaknya hanya melihat sahaja kelakuan mereka dan mungkin akan meniru perbuatan itu dalam fikiran mereka yang penuh rasa ingin tahu. 




"Ini benar-benar membuatkan saya rasa kecewa. 

"Kepada golongan ibu bapa, tolonglah bertanggungjawab terhadap anak anda. Jika tiada sesiapa yang dapat menjaga mereka, mungkin anda patut duduk dan menonton perlawanan itu di rumah. 

"Kepada kerajaan dengan segala rasa hormatnya, mungkin anda perlu memberi perhatian kepada perkara ini. Ia mungkin remeh, tetapi jika tindakan awal, ia mungkin dapat menjamin generasi yang sihat dari segi fizikal dan mental di masa akan datang," katanya.

Sementara itu, netizen turut menasihatkan ibu bapa tidak merisikokan kesihatan anak dengan membawa mereka ke tempat seperti itu. 

"Even tak merokok pun, rasa tak patut baby kecil dibawa ke tempat ini yang penuh sesak, bising, jeritan dan bunyi gendang dipalu, panas, belum lagi bercampur dengan asap-asap rokok. Kalau saya, dah balik terus bila tengok anak tak selesa. Lebih baik duduk di satu tempat yang selesa," kata Ndaza Nurul. 

"Saya salahkan ibu bapa bayi itu juga. Menonton bola bukan sesuatu yan terdesak sehingga perlu membawa bayi dan kanak-kanak kecil. Ada pilihan lain iaitu duduk di rumah. Jangan disalahkan penonton lain kerana ibu bapa yang boleh memilih persekitaran yang lebih baik untuk anak-anak mereka," kata Umi Fadhilah. 

"Sepatutnya kena buat larangan untuk kanak-kanak bawah lima tahun masuk stadium. Dah tua pun akal lekat di mana entah," kata Raja Epul.