'Korang mesti fikir ini lighter kan? No, this is spy cam' - Ditemui dalam bilik mandi


"Guess what, korang mesti ingat ini lighter kan? No, this is spy cam," demikian pendedahan Sopie Ahmad di Twitternya. 

Menurut Sopie, alat perakam mini berbentuk pemetik api itu ditemui oleh rakan isterinya di dalam bilik mandi. 



"Mohon sebarkan untuk peringatan kita semua. Kejadian berlaku semalam di mana kawan kepada isteri saya terjumpa lighter ini di dalam bilik mandi. Dasar cilaka sungguh. 

"Bila diperiksa, di dalamnya mengandungi kad memori dan ada gambar si pelaku terbabit. Tunggulah apa nasib kau," katanya. 



Menurut netizen, alat perakam itu didapati dijual di laman jual beli popular dengan harga antara RM50 hingga RM153.96 secara terbuka. 

Penjualan alat berkenaan menimbulkan pertanyaan netizen mengapa pengendali laman itu dengan sewenang-wenangnya boleh membenarkan peniaga menjual alat yang boleh jelas sekali boleh disalahgunakan untuk tujuan melakukan jenayah. 


Justeru, Sopie mengingatkan orang ramai khususnya golongan wanita agar berhati-hati dan memeriksa bilik mandi sama ada di bilik hotel atau di rumah sewa untuk langkah berjaga-jaga.

"Kepada perempuan atau lelaki yang tinggal di rumah sewa, mohon periksa semua tempat terutamanya di dalam bilik mandi dengan cara gelapkan rumah dan cari benda yang menyala," katanya.