'Puas aku tahan geng² moto lain tiada sesiapa pun yang berhenti, sehinggalah pemandu lori ini tiba-tiba...'


Dalam hidup ini, banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan biarpun sehabis baik mana pun rancangan kita. 

Ditakdirkan lelaki ini terpaksa menolak motosikalnya yang kehabisan minyak di lebuhraya. Puas dia cuba meminta bantuan dari penunggang motosikal yang melalui lebuhraya itu, tetapi tiada seorang pun yang mahu berhenti membantunya. 

Dalam cuaca yang panas terik, terpaksalah Muhammad Fard Osman menolak motosikalnya ke jarak destinasi yang tidak pasti sehingga dia ditemukan dengan pemandu lori yang baik hati ini. 

"Minyak motosikal aku habis tadi masa dalam perjalanan balik dari Pontian. Puas aku tahan geng-geng motosikal yang lalu, tiada sesiapa pun yang berhenti. Aku pun tolak sajalah motosikal slow-slow. 


"Sepanjang menolak itu, ramai sangat geng-geng dua roda lalu. Ada yang konvoi tapi.. korang tak nampak ke aku tengah tolak motosikal di tengah cuaca yang panas? Sabar sajalah. 

"Tiba-tiba ada lori berhenti di tepi, dari jauh aku dah nampak. Aku ingatkan lori itu rosak ke, tayar pecah ke. Bila aku sampai dekat dengan lori itu, abang baju coklat itu tegur.

"Bro, jom masuk lori" 


"Ya Allah, aku punya bersyukur susah nak digambarkan. Naik cramp kaki aku menolak motosikal punyalah jauh. Allah tak hantar geng motor, tapi abam lori tenonenonet tolong aku. Terima kasih abam pilot darat!" coretnya di Facebook, lalu menjadi viral di media sosial di mana netizen memuji kebaikan pemandu lori dan kelindannya itu. 

Namun, ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa dia tidak membuat persediaan untuk perjalanan yang jauh. Enggan lebih ramai yang salah faham dengan perkara itu, Muhammad tampil memberikan penjelasannya. 


"Banyak pula mat moto marah aku sebab aku tak rancang perjalanan. Aku pergi Pontian sebab kawan meninggal, bukannya nak makan kari kambing 40 hari macam korang. 

"Di Pontian, elok je minyak separuh dan sepatutnya cukup untuk sampai ke RnR Machap. Tetapi aku masuk saja ke highway, terus E. Dah tu, kau nak aku maki fuel pump aku ke sebab dia tiba-tiba rosak?" ujarnya.