'Saya seperti pengemis berkali-kali hubungi RapidKL minta selesaikan kes basnya melanggar kereta kami' - Mangsa


Seorang wanita bertindak untuk menularkan kes yang dialaminya ke media sosial setelah beberapa bulan kes tersebut sepi tanpa tindakan yang sewajarnya. Susulan kes ini, netizen turut menggesa pihak terbabit menyelesaikan kes ini dengan kadar yang segera. Walaupun telah tular di media sosial, wanita ini mendakwa kes ini juga tidak diberi perhatian oleh pihak yang berwajib.

Wanita berkenaan merupakan mangsa kes langgar bas Rapid KL di jalan Ampang Hilir pada 16 Ogos 2018. 


Difahamkan, pemandu bas Rapid KL tersebut dibawah pengaruh dadah dan telah mengaku salah. Apa yang menyedihkan, kereta tersebut merupakan kenderaan yang digunakan olehnya untuk menguruskan urusan anak-anak dan suaminya yang menghidap penyakit kanser lymphoma NK-T cell extranasal extranadol stage 4B. 

Dia juga memuat naik video perbualannya dengan pihak bengkel yang mengatakan kereta tersebut tidak dapat diperbaiki. Tetapi sebaliknya jawapan daripada pihak Rapid KL mengatakan kereta tersebut hanya rosak dan perlu diperbaiki.


MAKIN saya cuba kuat, makin pedih hati ini bila mengenangkan kereta kami yang tersadai di bengkel. Saya tak mampu nak menahan air mata. Kereta Viva mak mertua yang saya pinjam penuh padat sumbat wheelchair and carseat. 



Suami saya pesakit kanser lymphoma NK-T cell extranasal extranadol stage 4B yang perlu saya urus di HUKM dan anak-anak saya (4 and 2 tahun). Dengan kes kereta tertangguh, kami bayar ansuran hutang pada bank buta-buta saja selama 4 bulan ini. Sesungguhnya saya harap RapidKL yang menganiaya saya seperti ini tidak merasa apa yang saya rasa. 



Entah kenapa saya yang seperti pengemis berkali-kali menghubungi pihak Rapid KL untuk menyelesaikan kes bas RapidKL melanggar kereta kami. Sangat pedih. 

Sampai ke hari ini RapidKL berdolak dalih, memberi alasan kononnya menunggu keputusan kes mahkamah. Saya tanya bila? Tak ada jawapan. (rujuk gambar WhatsApp) 




28 September, saya dapat berjumpa pegawai RapidKL di pejabat Subang selepas saya marah customer service yang angkat call kata;

"Nanti kami serahkan ke pihak yang terlibat dan mereka akan call puan"

Encik Najib mengesahkan kereta kami total lost. Beliau mencadangkan untuk kami claim OD, jadi saya minta surat hitam putih. Siapa yang akan bayar NCD, claim lost of use and so on supaya ada rujukan nanti. Dua minggu tunggu surat itu, 'krik... krik... 

16 Oktober kami berjumpa dengan pihak RapidKL buat kali kedua sebab kawan-kawan saya tag RapidKL, jadi RapidKL ajak berjumpa. Namun meeting itu hanya membuang masa, tiada keputusan. Tiba-tiba Encik Amir kata kereta kami hanya rosak dan sila repair.

Esoknya saya menghubungi pihak bengkel dan sangat terkejut dengan apa yang dimaklumkan oleh mereka. (Rujuk video perbualan dengan pihak bengkel). 



RapidKL berdolak dalik, kejap kata pihak Alliance akan bayar, kemudian pihak Alliance pula kata perkara itu di bawah tanggungjawab RapidKL (rujuk video dengan adjuster Alliance, Encik Haikal).


Allahuakbar, sabar tahap macam mana lagi untuk saya menunggu? Setiap kali bercakap soal kereta dengan suami, air mata dia menitik. Dalam keadaan dia sekarang, andai apa-apa terjadi pada dia esok lusa, macam mana saya dan anak-anak bergerak tanpa kereta? 

I'm speechless. Besar sungguh kuasa RapidKL itu, diam saja sampai ke hari ini. Mohon viralkan dan RapidKL tolong selesaikan masalah ini segera. Hubungi 013-5028006 andai kata pihak RapidKL lupa nombor telefon saya. 

Sumber: PageKhas Mini