(Video) 'Melampau-lampau kamu ye?!' - Kakak conteng muka adiknya jadi hijau


"Qaseh! Sini kamu! Melampau-lampau kamu ye! Tangkap polis!" demikian jeritan wanita dalam video viral di media sosial sejak semalam. 

Menurut Aryan Riyaniey yang memuat naik video itu berkata, kanak-kanak perempuan bernama Qaseh itu telah menconteng muka adiknya, Qasha, yang masih bayi, dengan marker hijau. 

Terkejut melihat wajah bayi berkenaan sebegitu rupa menyebabkan wanita dalam video itu memarahi Qaseh. 

"Mana Qaseh ni?! Situ kamu duduk ye? Kamu dah buat muka budak ini jadi macam ni? Melampau-lampau betul budak ni," katanya. 



Meskipun ada yang menganggap perkara itu melucukan, ramai netizen yang bimbang jika tindakan itu boleh menyebabkan mata bayi tercucuk dan bahan kimia dari termasuk dalam mulut bayi. 

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutamanya yang ada anak kecil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Begitu juga dengan barang atau objek yang berbahaya tidak diletakkan di tempat yang boleh dicapai oleh anak-anak.