(Video) Panik diserang ular, lelaki ini pijak dan tangkap reptilia itu dengan tangan kosong


Seekor ular menyelinap masuk ke balai polis dan menghampiri seorang lelaki yang sedang duduk di ruangan menunggu. 

Dalam kejadian di utara Thailand, Apichat Cheautong, 45, yang sedang menunggu untuk membuat laporan polis terkejut apabila mendapati ular itu berada beberapa inci dari kakinya. 

Kedua-duanya panik, tetapi ular itu terlebih dahulu bertindak membelit kaki kanan Apichat. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa juga bertindak memijak ular itu beberapa kali sebelum berjaya menangkap kepalanya. 


Pegawai polis yang terdengar bunyi bising itu kemudian keluar dari bilik dan mendapati Apichat sedang memegang seekor ular berwarna hitam. 

Sumber: Daily Mail