'Kot ye pun tak payah meroyan sampai letak gambar dengan ex husband' - Netizen dakwa Rita sengaja bikin panas dan ini respon Rita...


Gambar-gambar hashtag #10yearchallenge banyak muncul di garis masa (timeline) media sosial sejak ia mula viral beberapa minggu lalu dan tidak terkecuali, golongan selebriti juga mengambil bahagian menyertai cabaran perubahan 10 tahun itu. 
Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini memuat naik gambar #10yearchallenge nya selepas mendapat banyak permintaan dari peminat. 

Menurut Rita, dia sebenarnya segan namun bagi memenuhi permintaan peminat, dia memuat naik gambar keluarga kecilnya 10 tahun yang lalu yang menunjukkan dia bersama anak sulung serta bekas suaminya, berbanding kini hanya tinggal dia bersama dengan dua orang anak lelakinya. 

"Ramai DM siturr buat #10yearchallenge. Alahai, sisturr segan sebenarnya. Nah! Ni #10years challenge sisturr.
"Nak buat lagu mana, dah tahun 2009 tu picture sisturr masih ada suami. Tak ada pula picture sisturr single. Nak tutup or crop tak sampai hati sebab masih hidup. Tak apalah, tak salah pun. Kenangan 2009 tak boleh diubah dan tak boleh dipadam, kan. Jadikan sebagai satu perjalanan hidup yang penuh pengajaran dan kenangan. 

"Amacam #10yearchallenge sisturr? Banyak perubahan tak? Sama je kan. Dulu bertiga, sekarang pun bertiga juga. Ni baru betul picture #10yearchallenge tau. Sisturr tak ada nak letak picture tipu punya loh," tulisnya pada kapsyen gambar yang dimuat naik di Instagram. 

Bagaimanapun, ada yang tidak menyenangi tindakan Rita itu dan mendakwa Rita meroyan. 

"Kau ni pun kot ye tak payah meroyan sampai letak gambar dengan ex husband. Orang tu dah bahagia dengan wife dia. Tak ada gambar lain ke nak letak? Tak pasal orang tu gaduh laki bini. Macamlah 10 tahun lepas tak ada gambar kau seorang atau dengan anak-anak je," tulis @melly_pis. 

Tanpa menunggu lama, Rita terus membalas komen tersebut. 

"Nak gaduh buat apa? Kau pun satu, dah kahwin duda kena terima la masa silam dia. Bodoh ke apa kau ni? Kau sakit kat celah mana? Ada aku ambik laki kau letak kat IG aku kah?

"Kau pulak yang sentap lebih apa kes? Nama pun #10yearchallenge. Dari ada laki ke tak ada laki. Suka hati aku nak challenge apa. Kau pula lebih sentap. Bukan picture laki kau," balas Rita. 


Tidak kurang juga netizen memuji  wajah Rita yang masih cantik seperti dulu.

"Maintain je, tak berubah, Betul-betul awet muda," kata netizen. 

Loading...