Kucing terjatuh dari tingkat 4, maut tertusuk besi pagar


Hancur hati pemilik kucing Calico apabila haiwan peliharaannya yang manja itu maut tertusuk besi pagar yang tajam dalam kejadian yang tidak disangkakan itu. 

Menurut pemiliknya, sudah menjadi kebiasaan kucingnya duduk di tingkap di rumahnya yang berada di tingkat empat, untuk menikmati pemandangan.

"Kucing saya terjatuh dari tingkat empat rumah saya. Dia suka keluar ikut tingkap. Lepas tu tak tahu pula boleh jadi macam ni. Selalu dia elok saja duduk tengok luar tingkap. 

"Awak semua yang duduk di rumah flat itu hati-hati ye, jangan bagi kucing bermain dekat tingkap lagi. Takut jadi begini.

"Awak kucing baik Nia. Awak manja tapi awak tak suka orang pegang awak. Awak suka datang duduk tidur dekat sebelah orang. 

"Tapi Allah sayangkan Nia. Pergilah rehat dengan tenang di sana ye. Tunggu kami di syurga ya sayang. Kami semua sayang Nia," katanya. 

Orang ramai yang mempunyai haiwan peliharaan dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan dengan memasang jaring hitam di jeriji tingkap atau ampaian bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku.