Penggal kepala teman wanita kerana masak sup kobis kurang enak


Seorang lelaki memenggal kepala teman wanitanya kerana memasak sup kobis yang kurang enak, kata polis. 

Polis menemui mayat wanita berusia 47 tahun itu tanpa kepala di Smolensk, Rusia. 

Ini merupakan kes kedua dalam tempoh seminggu di negara itu di mana seorang lelaki mati ditikam isterinya selepas mengadu masakkannya kurang garam. 

Suspek berusia 43 tahun ditahan di kediaman mereka di kampung Kozlovka. 

Menurut sumber, suspek marah kerana isterinya masak sup kobis yang kurang enak. 

Menurut jiran pasangan itu, suspek kehilangan kerjanya baru-baru ini dan mula melayani minuman alkohol. 

Selepas membunuh mangsa, suspek cuba membunuh dirinya, tetapi gagal berbuat demikian. 

Awal minggu ini, seorang wanita menikam suaminya sebanyak 35 kali kerana mengkritik masakannya yang kurang garam. 

Nelayan, Slava Davydkin, 43, dibunuh isterinya, Evgenia, 31, ketika mangsa sedang tidur dan perbuatan itu dilakukan di hadapan anak perempuan mereka berusia 4 tahun. 

Evgenia kemudian mengaku membunuh suaminya dan kini di dalam tahanan di rumah. 

Sumber: Daily Mail