'Saya tak perlukan sumbangan, saya mampu berdikari' - Lelaki hidap cerebral palsy nekad angkat batu bata guna gigi untuk menyara keluarga


Seorang lelaki muda yang ditakdirkan menghidap cerebral palsy sejak lahir, nekad membantu keluarganya yang susah dengan bekerja mengangkat batu bata menggunakan giginya setiap hari melalui 'live streaming' di pendalaman China. 

Shi Junke, 25, menerima bayaran dari 250,000 penggikutnya di internet dengan membuat persembahan tersebut. 

Bapanya telah meninggal dunia empat tahun lalu dan dia menggunakan pendapatannya dari persembahan itu kira-kira RM839.50 sebulan untuk membeli makanan bagi keluarganya dan membayar yuran tuisyen adik perempuannya. 




Shi tinggal di Yiyang, Henan bersama dengan ibu dan adik perempuannya berusia 12 tahun. Manakala adik perempuannya yang berusia 18 tahun tinggal dan bekerja di kawasan bandar. 

Shi berkata, dia mahu menunjukkan kepada orang lain bahawa dia mampu menyara keluarganya meskipun dengan keadaannya itu. Katanya lagi, dia mahu memberi ibu dan adik perempuannya kehidupan yang lebih baik. 

"Saya mahu buktikan saya mampu seperti orang lain. Saya juga mahu menjana pendapatan sendiri untuk menyara keluarga saya.

"Saya tidak mahu menerima sumbangan dari sesiapa, saya mampu berdiri di kaki sendiri," katanya. 

Shi juga belajar menunggang skuter elektrik agar dia dapat menghantar ibunya ke ladang untuk bekerja. 




Menurut ibunya yang berusia 50 tahun berkata, "Selain memasak, dia juga melakukan segala-galanya." 

Sejak lahir lagi, Shi disahkan menghidap cerebral palsy. Dia mula belajar belajar pada usia 7 tahun dan tamat belajar dari sekolah rendah ketika dia berusia 18 tahun. 

Difahamkan, Shi telah lama berlatih melakukan aksi itu sebelum mengambil keputusan untuk menunjukkan bakatnya di media sosial. 

Buat masa ini, Shi mampu mengangkat batu bata seberat 40 kilogram dengan giginya. Dari persembahan itu, dia mampu menjana pendapatan RM1,204 sebulan dan jika penontonnya kurang, dia hanya mampu menjana RM542 sebulan. 

Adakalanya, Shi juga menyumbang sedikit pendapatannya itu kepada penghibur lain yang melakukan persembahan di internet seperti dirinya kerana "hidup mereka lebih susah dari hidup saya.". 

"Saya mahu buat ibu saya gembira. Itu impian saya, mahu melihat ibu saya menjalani kehidupan yang lebih baik di masa depan dengan usaha saya sendiri," katanya. - Daily Mail