Suami cemburu kelar leher isteri berkali-kali sehingga mati


Dengan wajah yang penuh kekesalan, suspek, Didi Nukrianto, datang ke Balai Polis Tanjung Saksi, Indonesia pada jam 7 pagi Rabu lalu dan mengaku telah membunuh isterinya sendiri. 

Di hadapan Ketua Polis Tanjung Saksi, Romodhon, suspek yang bekerja sebagai petani mengaku melakukan jenayah itu terhadai isterinya, Tika, 29, kerana sudah tidak tahan dengan sikap mangsa yang selalu melawan kata-katanya. 

Menurut suspek, kejadian itu berlaku pada jam 5 pagi di mana dia mengambil parang lalu mengelar leher mangsa berulang kali sehingga mangsa kehilangan nyawa. 

Suspek kemudian membuang parangnya ke dalam sungai. 

"Suspek datang sendiri ke balai selepas membunuh isterinya. Dua anaknya ditinggalkan dalam keadaan masih tidur," kata Romodhon. 

Siasatan mendapati, suspek nekad membunuh isterinya kerana cemburu buta yang melampau. 

"Suspek memang jenis cemburu buta yang melampau terhadap isterinya. Sesiapa sahaja yang datang ke rumah, pasti akan membuatkannya rasa cemburu. 

"Suspek bersikap seperti itu terhadap isterinya sejak dari awal perkahwinan. Malah, dia tidak malu menegur isterinya di tempat awam sehingga bertikam lidah di hadapan jiran-jirannya kerana sikap cemburunya itu. 

"Tiga hari sebelum kejadian, pasangan itu hadir di sebuah majlis. Suspek dipercayai bertengkar dengan mangsa dan berlanjutan sehingga rumah sebelum mangsa dikelar berulang kali. 

"Semua jiran dan keluarganya tahu suspek ini kuat cemburu dan selalu bergaduh dengan isterinya di depan jiran-jiran kerana perkara yang remeh temeh," katanya.

Sumber: DetikNews
Loading...