'Tengok jari dia ada luka berkudis'


Pengusaha kedai/restoran makanan seringkali dinasihatkan agar memastikan kebersihan di premis mereka. Tidak terkecuali, para pekerjanya juga perlu mematuhi segala peraturan yang berkaitan dengan kebersihan bagi menjamin keselamatan pengendalian makanan. 

Baru-baru ini viral di media sosial gambar penguat kuasa melakukan operasi di sebuah restoran mamak dan mendapati salah seorang pekerjanya melanggar peraturan pengendali makanan. 

Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Aidil Nezam, mendakwa pekerja terbabit merupakan warga asing dan terdapat kecederaan di jari telunjuk kanan yang dipercayai kudis. 

"Siapa suka lepak mamak? Ini ha untuk tatapan korang semua. Tulang uli capati ini datang dari India (warga asing). Tengok jari dia ada luka berkudis. 

"Kalau dia ada penyakit Tibi ke, HIV ke, atau wabak penyakit yang berjangkit ke, kita mana tahu, pakai makan saja. 

"Kerja dah la tak pakai glove dan penutup kepala. Ini kerja depan kedai, belum tengok bahagian dapur masakan dia lagi," katanya. 





Sementara itu, netizen berasa jijik dan kembang tekak melihat gambar-gambar itu.

Justeru, netizen menyokong usaha pihak berkuasa melakukan pemeriksaan mengejut terhadap semua premis makanan bagi memastikan semua pengusaha makanan mengutamakan kebersihan.