(Video) 'Aku cakap elok-elok, kau panggil aku anjing? Kau tau aku sape?!' - Geng Sajjad tampar promoter kosmetik


Viral di media sosial video dua individu yang dipercayai 'wanita jadian' bergaduh di sebuah pusat beli-belah. 

Difahamkan, 'wanita' yang memakai pakaian kelabu ketat itu dikenali sebagai Isabella, pada awalnya memimpin tangan promoter kosmetik keluar dari premis. 

Sebaik saja berada di luar, Isabella terus menampar muka promoter tersebut yang dikenali sebagai Mimi, dan Isabella menegaskan dirinya adalah perempuan tulen. 

Berang ditampar sebanyak tiga kali, Mimi membalas dan menarik rambut Isabella. 
Masih tidak berpuas hati dengan kejadian itu, Isabella kemudian memuat naik gambar Mimi di Instagram. 

"Ini ke perempuan yang I tampar, sapa yang maki orang dulu dan terus block? Bapok ni yang mulakan, dia acah-acah tak lawan, dia sebenarnya pahlawan. Yang tak tahu cerita memang cakap aje, tak kisah pun nak kata apa," tulisnya. 

"Dia pukul I lagi teruk juga, habis sakit badan I. Cuma video tak terakam sebab handphone jatuh kawan I pegang. Tak kisah pun nak kena charge sebab dia memang celaka," katanya.

Jelas Isabella, pergaduhan itu berlaku kerana pembantu jualan itu memanggilnya 'anjing'. 


Perkara itu turut mendapat perhatian Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang memberi komen berikut:

"Ini memang binatang pondan babi ini!! Nama pun pondan tak siap!! Atas bawah span pinggang pakainya!!" 


Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan Isabella yang melampaui batas.

"Apa hak kau nak tampar-tampar orang? Padan muka dah jadi kes polis," kata @kew.xue11111

"Kau yang start pukul dulu, pastu nak melalak bila kena pukul balik? Kau pukul dia sebab apa? Sebab dia panggil kau anjing? Kalaulah kau nak pukul semua orang yang kutuk kau, tinggal di gua je lah. Dasar otak screw loose betul," kata @Hahamimizah.

Loading...