'You tulis macam you kenal I' - Sherry Ibrahim kesal difitnah ubah wajah


"Astaghfirullah al-Azim. Stop tulis benda-benda macam ni dan buat statement pandai-pandai," demikian reaksi pelakon Sherry Ibrahim berhubung dakwaan seorang individu kononnya dia telah mengubah wajahnya.

Terdahulu, Sherry memuat naik kenyataan seorang individu yang menggunakan nama Farorra Ain mendakwa Sherry mengubah wajahnya.

"Mengaku je la buat muka dan kita boleh faham sebab faktor umur wanita akan takut lagi-lagi belum kahwin bila usia nak cecah 40-an.

"Ni tak, siap tak mengaku. Netizen ni bukan dok dalam gua dan tak tahu perkembangan dunia. Lagi-lagi zaman membawang ni," tulisnya.

Bagaimanapun, Sherry menafikan dakwaan itu dan kesal individu itu menyebarkan fitnah sehingga melibatkan keluarganya.

"I dapat ni tadi dari one of my family members. Banyak yang dia tulis tapi malas nak letak semua sebab membuatkan IG I nampak tak cantik.

"I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan.

"First of all, I don't know you tapi you tulis macam you kenal and tahu everything pasal I.

"Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal," tulis Sherry di Instagramnya.
Sementara itu, netizen mempertahankan Sherry dan menegaskan kecantikan Sherry itu adalah kecantikan yang semula jadi.

"Biarlah dia nak buat muka ke, apa ke, apa yang kau sakit hati? Bengong la. Apa-apa pun biarkan je orang macam tu. Yang penting kak @sherryibrahim cantik yang semula jadi," kata Maslinda Mokhtar.

"Muka Sherry nampak lain mungkin sebab dah tembam sikit. But cantik," kata Mimie.

November 2018, Sherry pernah menafikan dakwaan yang sama dan menjelaskan dia tidak menjalani sebarang pembedahan atau suntikan di wajahnya.

"I tak buat apa-apa sugery atau suntik on any part of my face. I tahu berdosa kalau dengan sengaja buat perubahan yang Allah dah jadikan. Even all my teeth are real.

"I'm blessed and grateful for what I have. Campuran papa dan mama. I hope this statement is clear," katanya.