2 penyamun ditahan, baki suspek masih diburu


Susulan kejadian samun di beberapa lokasi di Selangor baru-baru ini, polis sedang giat mengesan kumpulan penyamun bermotosikal itu dan dua daripadanya berjaya ditahan, lapor Harian Metro

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dua suspek sedang disiasat bagi mengesan rakan-rakannya yang terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang itu. 

"Satu pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menangani kes jenayah sekumpulan lelaki bermotosikal yang melakukan samun seperti tular di media sosial baru-baru ini. 

"Dua lelaki itu sudah ditahan buat masa ini dan siasatan sedang dijalankan mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan jenayah tersebut," katanya. 

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan penjenayah terbabit tampil membantu siasatan. 

Polis percaya, kumpulan penjenayah itu bergerak sepanjang masa dan menunggu peluang.ruang sekiranya terdapat peluang untuk menyamun. 

BERITA BERKAITAN:
Loading...