'Dulu bukan main bergaya, bila dah kahwin macam alien hodoh atau nenek-nenek' - Suami ceraikan isteri tak reti jaga penampilan diri


"Dulu bukan main bergaya bagai, kasut pun umit tinggi. Sekarang bila dah kahwin, rambut serabai, tudung mereng," demikian luahan si suami yang kesal dengan penampilan isterinya selepas berkahwin.

Menurut si suami yang tidak didedahkan namanya itu berkata, isterinya menjadi 'alien' atau kelihatan seperti nenek selepas berkahwin. Bukannya bergaya seperti dlu. 

"Kenapa ye mesti jadi macam tu? Perlu ke jadi alien yang hodoh selepas kahwin? Bini aku pun spesis macam ni. Entah apa-apa je. 

"Baju dan tudung dia pakai macam nenek-nenek. Baju style perempuan tua, tudung main sarung saja. Tak ada gaya. Bangang tak habis-habis bila dah jadi bini orang, jadi bodoh. 

"Bila kena cerai, meroyan pula," katanya. 

Tindakan pengadu itu bagaimanapun mengundang kecaman golongan wanita bergelar isteri yang rata-ratanya berpandangan bahawa bekas isteri lelaki terbabit menjadi begitu kerana sikap si suami yang tidak pandai menjaga isteri. 

"Jawapannya senang saja. Dulu belum kahwin, bini tu yang jaga diri sendiri. Tetapi bila dah kahwin dengan kau, kau tak jaga dia elok-elok. 

"Kalau tak percaya, cuba jandakan bini kau. Confirm dia akan cantik balik macam dulu-dulu. 

"Penyebab utama kebanyakan perempuan yang dah kahwin jadi selekeh adalah disebabkan suaminya. Poket kosong, sembang pun kosonglah. Sila malu. Booooo!" kata Nina Khairina. 

"Pernah terbaca satu komen. Deep sangat. Katanya, makin bebal seorang suami, semakin tak teruruslah isterinya. Awak ni salah satu contohnya," perli Ummu Safwan. 

Loading...