Hilang nyawa kerana vape meletup di muka


Letupan peranti rokok elektronik yang dikenali sebagai vape, menyebabkan seorang lelaki maut akibat kecederaan parah di mukanya. 

Menurut sumber, mangsa, William Brown, 24, mengalami kecederaan parah selepas alat peranti itu meletup di mukanya ketika dia sedang menggunakan alat peranti itu dalam kejadian di Keller, Texas, USA. 

"Serpihan logam alat peranti itu telah menusuk ke muka dan leher mangsa," kata sumber. 

Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan menerima rawatan selama dua hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 29 Januari 2019. 

Pakar perubatan berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan ateri karotis di lehernya terputus selepas terkena serpihan logam alat peranti yang meletup selain menjejaskan tengkoraknya. 

Loading...