Lelaki maut terkena renjatan elektrik akibat guna alat pengecas tiruan


Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mendengar lagu melalui fon telinga yang disambung pada telefon bimbit yang sedang dicas. 

Dalam kejadian di Chonburi, Thailand, mangsa, Kritsada Supol, 24, ditemui mati di rumah sewanya oleh pemilik rumah tersebut yang datang melawat biliknya pada pagi Ahad lalu. 

Ketika ditemui, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas tilam dengan kesan terbakar di bahagian telinganya. 

Polis percaya, mangsa terkena renjatan elektrik akibat menggunakan pengecas telefon tiruan yang menyebabkan letupan lalu mengakibatkan mangsa terkena renjatan elektrik dan maut. 

Para pengguna dinasihatkan tidak menggunakan pengecas telefon bimbit tiruan atau berkualiti rendah yang boleh menyebabkan letupan atau renjatan. 

Sumber: Astro Awani
Loading...