Mayat bayi ditemui di tong sampah kuarters Presint 18, Putrajaya


Mayat seorang bayi ditemui di dalam tong sampah di kuarters kediaman penjawat awam di Presint 18, Putrajaya, hari ini. 

Difahamkan, mayat bayi itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang mengambil sampah tersebut untuk dimampatkan dalam lori sampah. 

Berdasarkan gambar, perut mangsa terkeluar dan tidak dapat dipastikan sama ada mangsa masih hidup atau sudah meninggal dunia sebelum dimasukkan dalam lori sampah tersebut. 

Keadaan rumah sampah di kuarters kediaman itu yang agak tersorok dan gelap membolehkan individu yang tidak bertanggungjawab itu membuang bayi berkenaan di situ. 

Sumber: LZR
Loading...