'Pala hotak ko la. Aku dok zaman ko mmg kena apply pun untuk dapat pengecualian bayaran PTPTN' - Netizen selar bekas PM lupa diri


24 Februari lalu, Najib memuat naik tweet mendakwa graduan pada hari ini perlu membuat rayuan untuk mendapat pengecualian bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya. 

Menurut beliau, keadaan itu berbeza dengan zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang katanya graduan berkelayakan akan diberi pengecualian secara automatik. 

"Hari ini saya nak berkongsi fakta lagi mengenai PTPTN. Tengok surat ini. 

"Zaman PH, kena merayu untuk pengecualian PTPTN. Zaman BN, automatik dapat pengecualian. 

"Begitulah nasib graduan Malaysia hari ini. Masa kempen PRU-14, janji hapus hutang PTPTN," tulisnya. 



Bagaimanapun, tweet Najib itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menafikan dakwaan kononnya dapat pengecualian automatik. 









Loading...