Si bulus bengkak 1 badan selepas diberi panadol


Baru-baru ini viral di media sosial gambar seekor kucing tabby mengalami bengkak di seluruh badannya akibat diberi ubat tahan sakit iaitu panadol atau paracetamol. 

Tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku (dipercayai di luar negara), tetapi orang ramai dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana ubat yang dibuat khas untuk manusia adalah tidak sesuai diberikan kepada haiwan. 

Ada segelintir netizen mendakwa pernah mengamalkan pemberian panadol kepada kucing belaan mereka dalam kuantiti yang sedikit dan sehingga ke hari ini, kucing mereka masih sihat walafiat. 


"Aku bagi panadol kat kucing aku kalau dia demam. Potong sekerat then hancurkan. Suap dua kali bilas air. 2-3 hari dia sihat. Tak semestinya berpunca dari panadol saja. Duk bagi makanan murah kat cik miow pun boleh jadi punca rosak buah pinggang.

"Dah lima generasi kucing aku hidup sihat walafiat. Mati sebab makan rumput beracun kebun sebelah saja," kata @fqkrynd. 



Bagaimanapun, bagi pekerja di klinik haiwan ini pula menjelaskan, ubat panadol biarpun diberi dalam dos kecil ia umpama racun kepada kucing. 

"Bagi kucing panadol dos sedikit pun umpama memberi racun. Ada reaction berbeza dengan panadol toxicity. Lebih dari tiga kes dalam masa empat bulan. Beli sajalah ubat demam, tak mahal mana pun. Satu set baru RM10. Ada owner bagi dos macam @fqkrynd, tiga hari saja kucing dia survive," kata @seokminwifeu_. 


Para pencinta kucing disarankan untuk mendapatkan nasihat dari pegawai veterinar terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ubat atau makanan tambahan kepada kucing. 

Jangan disebabkan 'kepandaian' anda, kucing menjadi mangsa dan hilang nyawa. 

Tanda-tanda kucing keracunan: 
  • Warna gusi merah jambu bertukar menjadi kelabu-keperangan
  • Muka bengkak
  • Seluruh badan bengkak dan sakit bila disentuh
  • Jaundis kerana hati telah rosak
  • Muntah-muntah
  • Bernafas dengan laju
  • Hipotermia
  • Koma

Apakah langkah awal yang anda perlu lakukan?
  • Segera bawa kucing anda ke klinik haiwan dengan kadar segera. Ceritakanlah perkara sebenar kepada doktor dan kucing perlu diwadkan
  • Doa dan tawakal agar kucing anda segera sembuh
Sumber: 999 Malaysia
Loading...