'Tak nak cium Hajarul Aswad, kotor sebab ramai cium' - Balik dari Mekah, rahim dia penuh bernanah dan akhirnya kena buang


Selalu orang pesan, jika sudah mendapat panggilan mengerjakan umrah atau haji di Mekah, jagalah pertuturan sebaik-baiknya kerana dibimbangi apa yang diucapkan itu nanti kelak akan memakan diri. Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Seperti yang dikongsikan oleh Nurizyan di Twitternya, gara-gara mengungkap kata-kata yang tidak sepatutnya, wanita dalam kisah itu menerima akibatnya. 

NANTI kalian kalau dapat rezeki pergi ke tanah suci Mekah tu, jagalah tiap percakapan. 

Ada seorang hamba Allah ini pergi ke sana, kemudian berkata "Tak nak cium Hajarul Aswad sebab kotor, ramai cium. Kuman". 

Balik saja ke Malaysia, Allah nak tunjuk sekejap saja. Rahim dia penuh bernanah dan rahimnya kena buang. 



Saya tweet bukan nak menakutkan semua pergi ke tanah suci. Tetapi ambillah ikhtibar. Jangan percakapan dan perbuatan. Bila terniat buruk, istighfar. Bila tersalah cakap, taubat. Allah itu tak kejam. 

Untuk menjadi baik pun, ramai yang pertikai. Ambil pengajaran dan jadikan tauladan. Yang buruk itu dijadikan sempadan. 

Saya doakan korang yang belum ada rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, dapat diberikan rezeki malahan dilapangkan pintu rezeki untuk ke sana suatu hari nanti. Semoga kalian sihat pergi dan balik dan semoga Allah permudahkan segalanya. InshaAllah. Amiinn ya rabb.

Netizen juga kongsi cerita:















Sumber: Twitter @Nurizyan98
Loading...