'Baliklah Shila...' - Keluarga rayu gadis balik ke pangkuan setelah hilang hampir 4 tahun lalu


Abdul Rosle Osman, 30, dari Sandakan, Sabah, tiada pilihan lain untuk meminta bantuan pihak media bagi merayu adiknya, Shila atau nama sebenar Norshila Osman, 22, kembali ke pangkuan keluar setelah hampir empat tahun menghilangkan diri. 

Menurut Abdul Rosle, mereka kini kebuntuan dan tidak mengetahui di mana lokasi sebenar Shila walaupun sudah puas mencari atau cuba menghubunginya. 

"Kami sudah buntu mencarinya, jadi kami terpaksa menggunakan media untuk membantu mencari Shila. 

"Shila dari Sandakan ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Pusat Dakwah Serantau di Kuala Lumpur. KEmudian dia menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di kawasan Cheras," katanya. 

Namun, berlaku sesuatu di antara keluarga dengan Shila yang menyebabkan gadis itu melarikan diri daripada keluarganya. Abdul Rosle pula enggan mendedahkan perkara sebenarnya kepada media kerana bimbang akan membuka pekung dan aib keluarga terutamanya Shila. 

"Selepas kehilangan Shila, keluarga kami dihujani permintaan beberapa lelaki yang datang menuntut hutang. 

"Kami tidak akan marah (jika Shila balik), malah semuanya boleh diselesaikan dengan perbincangan keluarga. Apa yang penting Shila pulang dan hubungi kami," katanya 

Bapa Shila, Osman Bacheril, bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu membuat laporan polis pada Disember 2018.

Sumber: Harian Metro
Loading...