Baru kerja 3 hari dah rembat barang majikan


Baru saja tiga hari bekerja, tetapi pembantu rumah warga asing ini tergamak melakukan onar dengan merembat barangan berharga milik majikannya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.34 pagi Khamis 7 Mac lalu di Wangsa Maju, Liz Muhammad berasa tidak sedap hati apabila pembantu rumah yang dikenali sebagai Dara Naima Tuljannah (Pasport: D2053735) tidak menjawab panggilan telefonnya yang telah dibuat berkali-kali. 

Bimbang dengan keselamatan bayinya, Liz terus menghubungi jirannya untuk memaklumkan kepada pihak pengawal keselamatan sebelum menghubungi suaminya yang kemudian menghubungi pihak pengurusan kondominium untuk melakukan pemeriksaan di rumah mereka. 


"Pihak pengurusan memberitahu suami saya bahawa pintu rumah teruka, barang-barang berselerak dan bayi ditinggalkan di ruang tamu bersendirian dalam keadaan menangis. 

"Jam 12.15 tengah hari saya sampai dan terus mengambil anak di pejabat pengurusan kondominium, terus naik ke rumah dan mendapati rumah berselerakan.



"Pembantu rumah telah melarikan diri bersama beberapa barangan bernilai dibawa dalam 'luggage bag' berwarna ungu. 

"Dia sanggup tinggalkan bayi saya berikat di kerusi bayi lebih tiga jam sebelum diselamatkan pihak pengurusan kondominium pada jam 12 tengah hari," katanya.

Antara barang-barang yang dikenal pasti hilang ialah, iPad Mini 2, 2 uni telefon bimbit Samsung J Prime, 3 utas jam tangan jenama Tissot, 2 utas jam tangan GShock. 


Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis agar wanita itu dapat ditahan segera untuk tindakan lanjut. 
Loading...