'Dia takde masalah mental pun...'


Doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap seorang wanita berloceng berlari santai di ibu kota semalam mengesahkan lelaki itu tidak mengalami masalah mental, lapor Harian Metro. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, sehingga kini masih belum diketahui motif mak nyah berkenaan berbuat demikian. 

"Punca suspek bertindak sedemikian (berbogel) masih belum diketahui," katanya. 

Dalam kejadian jam 11.15 pagi semalam, mak nyah warga Filipina berusia 29 tahun itu berlari dan menari sakan tanpa seurat benang di jalan raya membuatkan orang awam terkejut dan membunyikan hon bertalu-talu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

BERITA BERKAITAN: 

Loading...