'Kotor sangat lyrics' - Golongan wanita kritik lirik lagu rap ini


Tiada mukadimah, terus ke isu yang dibangkitkan oleh netizen iaitu golongan wanita mengkritik lirik lagu (cover) yang dimuat naik oleh Alfie di Instagramnya dua hari lalu di mana lirik itu didakwa terlalu kotor dan merendahkan kaum hawa. 

Lebih mengecewakan mereka, lirik itu dibuat oleh lelaki muslim yang mana ia tidak sepatutnya berlaku. 






Ada segelintir netizen pula tidak bersetuju dan memaklumkan lirik lagu penyanyi rap underground ini sememangnya perit tetapi berdasarkan realiti yang berlaku pada hari ini.


Walau bagaimanapun, Alfie tampil memberi penjelasan bahawa hanya yang berkenaan sahaja akan terasa dengan lirik tersebut berbanding yang menjaga auratnya. 

"Perempuan yang tak jaga aurat will amik kisah bro, but perempuan yang tahu batas as a muslim girl, dorang tak perlu kisah pun because the betina in the lyrics is far from beyond dengan dorang." 


Pun begitu, netizen berpandangan golongan wanita perlu dihormati selagi mereka tidak mengganggu kehidupan sesiapa. 



Apa pandangan anda? Setuju dengan netizen atau setuju dengan Alfie atau anda sekadar tidak mahu mengambil kisah mengenai isu ini?